senarai vvip

Thursday, June 16, 2011

Petua Oh Petua!!

Salam 1 Malaysia ^_^

Alahai kesiannya Cik Mimie dengan blog Cik Mimie yang 1 ni. Selalu sangat disisihkan *nampak sangat Cik Mimie ni 'bias' kan?? hahahaha. Sorry yer Sharing Is Caring (SIC) =(. Untuk Watever I Like To Write nanti Cik Mimie datang sana plak yer..=)

Hari ini bagi nak memujuk SIC, Cik Mimie nak update 1 entry berkenaan dengan petua. Ha, bukan atok2 or nenek2 je boleh bagi petua tau!! Cucu2 pun boleh..ekekekeke..
Jom2 kita usha sama2 apa petua yang boleh kita amalkan.


::Elak Rambut Beruban::
-Untuk mendapatkan rambut yang sentiasa hitam sepanjang usia, anda boleh mencuba petua ini. Ambil kulit durian dan bersihkannya. Kering dan kemudian bakar hingga menjadi abu. Setelah itu, masukkan ke dalam air dan biarkan mendap. Kemudian cuci rambut anda dengan air mendapan kulit durian sekali sehari. Insyaallah, rambut anda tidak akan beruban.

::Tambah Susu Ibu::
-Cara untuk membanyakkan air susu badan, tumiskan bawang merah dengan ikan bilis. Kemudian, masukkan lobak putih. Nikmatinya dengan nasi panas. Jadikan ia amalan setiap hari.

::Ubi Kayu Atasi Parut Jerawat::
-Mesti ramai dikalangan anda yang risau akan parut jerawat yang ada kan? untuk mengatasinya, ambil sepotong ubi kayu yang sudah dibuang kulitnya. Parut ubi kayu dah perah untuk mendapatkan airnya. Sapukan air perahan tadi pada wajah anda dan biarkan selama 10 minit sebelum dibilas. Lakukan selama 1 minggu.

::Membuang Kaca::
-Jika anda terpijak kaca, cara mudah untuk mengeluarkan kaca ialah dengan menumbuk daun betik hingga lumat dan tampalkan pada tempat yang terkena kaca. Balut dengan kain bersih. Dengan cara ini, kaca akan tertanggal dengan sendirinya.

::Pucuk Bunga Raya Kurangkan Panas Badan::
-Jika anda mengalami demam dan panas badan, petua ini boleh dipraktikkan. Ambil segenggam pucuk bunga raya kemudian ramas bersama setengah cawan air sehingga keluar lendirnya. Kemudian, sapukan pada kepala tiga kali sehari. Insyaallah, panas badan akan berkurangan.

::Hilangkan Kutil Dengan Daun Kentang::
-Untuk menghilangkan kutil, gosokkan daun kentang pada kutil. Lakukan selalu dalam 1 minggu. Anda akan dapati kutil gugur dengan sendirinya.

p/s: Semoga ia dapat dijadikan amalan dalam hidup kita. Petua orang lama-lama jangan sesekali kita lupakan. ^_^

sumber: Wanita.

Saturday, January 15, 2011

10 Ciri yang Dicari Wanita Pada Lelaki

Salam 1 Malaysia ^_^

Ah cum~~Adess!! bersawang+berhabuk da blog Cik Mimie yang 1 ni. Mana tidaknya, dah lama sangat Cik Mimie tak update. Dok busy layan Watever I Like To Write je.*jangan merajuk ye Sharing Is Caring.

First entry di tahun baru ini.*padahal dah 2 minggu tahun baru berlalu..kuikuikui..
boleh lah dikira tahun baru jugak, tol x?? tol x??
Meh2, Cik Mimie nak sharing is caring ngan u all tentang apa yang dicari oleh kaum wanita pada kaum lelaki. *bagi kaum lelaki sila alert, dan bagi kaum wanita boleh dijadikan sebagai rujukan. Ngeh3x..cam doktor cintan-cintun pulak.

[sekadar hiasan]

1. Mampu menjadi ketua keluarga yang adil, tanpa perlu disuruh mahupun dipaksa.

2. Lelaki yang sihat dan tidak berpenyakit*lau setakat demam, batuk2 boleh diterima lagi.

3. Mempunyai kerja tetap dengan kewangan yang stabil. Apa yang penting, dia mahu menanggung pasangan dan seluruh keluarga apabila mendirikan rumahtangga nanti.

4. Lelaki yang tidak terlalu kacak, tetapi juga tidak terlalu hodoh. Cukuplah jika dia mampu menjadi seorang yang charming!

5. Lelaki yang pandai menjaga kebersihan diri, segak, kemas, malah tetap rapi walaupun berjanggut seperti Johnny Deep, Amitabh Bachan ataupun Zizan (Raja Lawak).

6. Lelaki yang penuh sense of humour dan bijak, sentiasa buat wanita itu tertawa serta tahu bagaimana hendak mengambil hati kaum wanita.

7. Berfikiran matang, boleh membimbing, berpandangan jauh dan bijak merencana hidup. Bukannya bersifat keanak-anakan seperti golongan remaja belasan tahun.

8. Lelaki yang mempunyai tarikan seksual yang tinggi.

9. Lelaki yang sedia menjadi 'crying shoulder' bagi kaum wanita, malah sedia memperuntukkan waktu (walaupun sibuk) hanya untuk mendengar masalah pasangannya.

10.Lelaki berjiwa besar dan tidak takut dalam memikul tanggungjawab.

p/s: siapa pun jodoh kita, terimalah dia apa adanya..^_^

resource: REMAJA

Tuesday, December 7, 2010

Mama Kembar 3 Buat Giveaway, Yay!

Salam 1 Malaysia ^_^

Cik Mimie dpt tag dr Cik Miera, dia ajak join GA.
demi menyahut cabaran Cik Miera, Cik Mimie pun join jgak la.
Sempena ulang tahun perkahwinan yg ke-6 Mama Kembar 3
telah menganjurkan GA nya yg pertama.
congratulation to mama+ayah

Sila klik disini untuk join ^_^

hadiah-hadiah yang bakal diterima telah ditaja sepenuh nya oleh Itsy Bitsy Secrets berupa barangan Victoria's Secret & Telekung Travel.

jom usha2 hadiah jom

Hadiah Pertama:
Pure Seduction Midnight Body Lotion + Body Mist + Telekung Travel

Hadiah Kedua:
Island Waters Body Mist + Telekung Travel

Hadiah Ketiga: Telekung Travel

Cik Mimie tag:

p/s: tarikh tutp 06 JaN 2011 semoga cik mimie bertuah. hehehe..^_^

Sunday, December 5, 2010

Teks Comel

Salam 1 Malaysia ^_^

entry Cik Mimie kali ni entry saja2 je..
pe org kata, "entry org takde keje" ha, cmtu la lbih krg..
sebenarnye, Cik Mimie da lama nk wat entry ni
p, asyik delay je..hahaha..bz la sgt kn!
teks2 comel ni Cik Mimie slalu nmpk kt Facebook
kt ruangan info bwh profile pic ^_*
siyes!! mmg comel..
jom lihat2



♥ (●̮̮̃•̃)●̮̮̮̮̃̃•̃̃)
♥ /█\ /█\
♥ ||_ ||_♥

Anyone can make you smile...
Many can make you cry...
But it takes Someone really special 2 make you Smile with tears in your eyes...




╔♫═╗╔╗ ♥
╚╗╔╝║║♫═╦╦╦╔╗
╔╝╚╗♫╚╣║║║║╔╣
╚═♫╝╚═╩═╩♫╩═╝
...





♀ ♂ ♁ ♥ ♀ ♂ ♁ ♥ ♀ ♂ ♁ ♥

ڸ٥ﻻ ﻉ√٥ ﺎ ٱ
(●̮̮̃•̃) (●̮̮̃•̃)
/█\ ♥/█\ ♥♥...♥'

(,") ♥ (¨.)
./♥\.♥./█\.
_||_ ♥ _||_

♀ ♂ ♁ ♥ ♀ ♂ ♁ ♥ ♀ ♂ ♁




........☻♥☻.........
....... /█\/█\ ......
...♥사랑의 빛♥.....
....... ٩(●̮̮̃•̃)۶....
.......... █......
........../..\............
.


p/s: ok sampai sini je..
Feel free to copy & paste..sharing is caring right?? ^_*

Bahana Ketagih Air Berkarbonat

Salam 1 Malaysia ^_^

Curi kt umah uncle Google


Wah, sedapnya kalau hari panas-panas pekena air berkarbonat kn?
siap ade ais lagi..pergh!! mmg uuurrmmp la..
tapi, tahukah anda kesan buruk yang anda akan dapat
kalau sering meneguk air ini??
ok, jom usha sekarang..

  1. Ginjal-Daya fungsi ginjal akan terganggu dan produktiviti ginjal dalam menghasilkan air kencing juga akan menurun disebabkan gas yang terkandung dalam air berkarbonat. Jika air kencing sedikit dan lebih pekat dari biasa ini akan mengganggu sistem ginjal untuk berfungsi secara normal.
  2. Perut-Ini penting!! tolong jangan minum air berkarbonat ketika perut kosong. Ia akan menyebabkan anda diserang sakit perut dan perut anda akan mengalami masalah angin. Hal ini adalah kerana ia boleh menimbulkan luka akibat tercampurnya gas dan asid di dalam perut. Beban 'kerja' pada perut juga akan bertambah jika anda minum secara berlebihan.
  3. Susah tidur-Tahukah kamu dalam air berkarbonat juga mengandungi kafeina?? Kafeina di dalamnya boleh menyebabkan tekanan darah tinggi dan degupan jantung menjadi tidak teratur. Oleh sebab itu, kamu pasti akan mengalami ketidakselesaan dan hasilnya tidur malam kamu akan terganggu. "Jadikan malam2 kamu seperti ini"
  4. Gigi-kecil2 dulu pasti kamu sering dinasihati oleh ibu supaya berus gigi selepas makan gula2 bukan? risikonya sama sahaja pada gigi, jika kamu minum air berkarbonat dengan kerap kerana ia juga boleh merosakkan gigi. Air berkarbonat mempunyai paras gula yang tinggi. Gula didalamnya membuatkan enamel gigi terhakis sedikit demi sedikit. bayangkn!! jika lama-kelamaan apa akan jadi pada gigi kamu. "Sayangilah gigi anda"
  5. Otot-Air berkarbonat juga boleh memberi kesan buruk kepada otot. Jika kamu minum air berkarbonat 2 liter setiap hari, ia boleh membuatkan kadar kalium dalam darah menurun. Kesannya, badan kamu akan cepat penat, otot menjadi lemah, tidak larat mengangkat benda berat dan pergerakan juga akn terbatas.
"Mungkin selepas ini kamu boleh menukar menu minuman kamu.
cuba elakkan untuk minum air berkarbonat
tukar la ia kepada air jus ataupun air kosong*lebih baik tok kesihatan bukan?"

p/s: Cubalah hindari minum minuman berkarbonat mulai hari ini!!
KATAKAN 'TAKNAK' KEPADA AIR BERKARBONAT!!
rujukan: REMAJA

Sunday, November 21, 2010

MELATAH???

Salam 1 Malaysia ^_^

arini Cik Mimie nak kungsi 1 video yg Cik Mimie
jumpe masa brjln2 kt YOUTUBE.
xsngka yg di negara jiran kte ni ada jgk yg melatah
Cik Mimie pk hanya Di Malaysia je popular ngan latah2 ni..
(salah fakta rupenye..kuikuikui)

tapi video ni mmg kelakar la
kecian kt penonton ni kena usik oleh pengacara
dlm sbuah rancangan yg agk popular di sana (supersoulmate)


lyn x tgok video ni???


p/s: rahsia negara: Cik Mimie jga melatah..so, sdikit sbyk Cik Mimie pham pe prsaan org yg melatah ni..heeee..sgt2 letih ~_~

Saturday, November 20, 2010

Lucunya

Salam 1 Malaysia ^_^

Lucu ya..
Duit RM50 kelihatan begitu besar bila dibawa ke
kotak derma masjid, tapi begitu kecil bila dibawa
ke Starhill

Lucu ya..
30 minit terasa begitu lama untuk berzikir, tapi
betapa pendeknya waktu itu untuk menonton "Friends"

Lucu ya..
Betapa lamanya 2 jam berada di masjid, tapi betapa
cepatnya 2 jam berlalu ketika menonton wayang

Lucu ya..
Susah sungguh merangkai kata untuk dipanjatkan
saat berdoa atau solat, tapi betapa mudahnya cari
bahan bersembang bila bertemu kawan-kawan,
boyfriend & gilfriend.

Lucu ya..
Betapa seruan dan teriakan yang berpanjangan waktu
perlawanan bola sepak, tapi betapa bosannya bila
imam solat tarawih bulan Ramadhan bacaannya lama
dan panjang.

Lucu ya..
Susah sangat baca Al Quran 1 juzu' saja, tapi majalah
hiburan dan novel best seller 100 halaman pun
habis ditelaah.

Lucu ya..
Orang berebut paling depan untuk menonton bola
atau konsert, tetapi berebut cari saf paling belakang
bila sembahyang Jumaat supaya boleh cepat keluar.

Lucu ya..
Kita perlu diundang seawal 3-4 minggu sebelumnya
untuk majlis agama supaya boleh dimasukkan agenda kita,
tapi untuk acara lain seperti menonton wayang, annual
dinner atau high tea jadual kita boleh diubah.

Lucu ya..
Susahnya orang mengajak menyebarkan dakwah, tapi
mudahnya orang menyertai dan menyebar gosip.

Lucu ya..
Semua orang inginkan masuk syurga tanpa harus beriman,
berfikir, berbicara ataupun melakukan apa-apa.

Lucu ya..
Kita boleh mengirimkan ribuan jokes dan surat berantai
melalui email, tapi bila mengirim yang berkaitan dgn
ibadah sering mesti berfikir dua tiga empat lima kali....

RENUNGKANLAH.......
Related Posts with Thumbnails